[VIDEO] MARDI perkenal inovasi keropok - Utusan Malaysia

[VIDEO] MARDI perkenal inovasi keropok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Nov. – nstitut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini memperkenalkan teknologi pemprosesan dan pembungkusan baharu keropok ikan bagi tujuan eksport ke luar negara.

Pegawai Penyelidik Kanan MARDI, Nor Salsiah Mohamed berkata, keropok tersebut yang sebelum ini popular di negeri Pantai Timur telah menjalani proses pengubahsuaian formulasi bahan dan ditukar kepada bentuk empat segi dengan penggunaan bekas lebih berkualiti.

Katanya, inovasi tersebut juga secara tidak langsung dapat mengurangkan kos pembungkusan, menjimatkan ruang penyusunan dan menjadikan lebih menarik.

“Selain itu, keropok yang di pek dengan kaedah baharu isinya lebih padat dan tidak mudah hancur berbanding keropok ikan dalam pasaran sekarang yang berbentuk melengkung, besar dan tidak seragam.

“Malah, dengan teknologi baharu, kandungan protein dalam keropok juga lebih tinggi antara 12 sehingga 15 peratus berban­ding keropok biasa,” katanya ketika ditemui pemberita sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di Serdang, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Se­tiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan dan Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Mohamad Roff Mohd. Noor.

Dalam pada itu, Nor Salsiah berkata, MARDI juga berjaya menghasilkan keropok lekor cendawan mengandungi khasiat tinggi termasuk serat serta protein sebagai alternatif kepada individu yang tidak gemar sayur-sayuran.

Menurutnya, antara nutrisi dalam keropok tersebut terma­suklah serat, protein dan kan­dungan lemak yang rendah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN