KUALA KEDAH 20 Dis. – Kejadian menimpa Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim terus mendapat perhatian rakyat negara ini yang turut prihatin dengan nasib ahli keluarganya selepas pemergian insan tersayang mereka. Lantaran itu, sejumlah RM47,209.64 hasil sumbangan orang ramai menerusi TABUNG SAVING ADIBKASSIM dikelolakan Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) disampaikan kepada keluarga Allahyarham. Ibu Muhammad Adib, Asma Aziz, 51, berkata, mereka sekeluarga menghargai sumbangan, bantuan dan doa seluruh rakyat Malaysia yang tidak…









