KUALA LUMPUR 5 Dis. – Seorang kelindan lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas tuduhan membunuh rakannya sehari sebelum sambutan Deepavali, bulan lalu. R. Surendran, 29, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Haslinda A. Raof. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang hadir ke mahkamah memakai baju T berwarna putih dan seluar pendek selain dilihat hanya mendiamkan diri serta tunduk…










