[VIDEO] Jenazah Adib selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Jenazah Adib selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Jenazah anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24,
selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau Tepi Laut, Kuala Kedah di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham Muhammad Adib selesai dikebumikan pada pukul 1.50 petang dengan dihadiri kira-kira 1,000 ahli keluarga, saudara-mara dan penduduk yang memberikan penghormatan terakhir.

Terdahulu jenazah yang tiba di Sekolah Kebangsaan Tebengau dengan helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dibawa ke rumah ahli keluarganya di Kampung Tebengau Tepi Laut.

Jenazah kemudian disembahyangkan dengan diimamkan Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang di masjid tersebut sebelum dikebumikan.

Muhammad Adib yang parah setelah dipukul sekumpulan perusuh dalam satu kejadian di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ25, Subang Jaya, Selangor pada 27 November lalu meninggal dunia pada pukul 9.41 malam tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×