JAKARTA 23 Dis. – Pemain gitar kumpulan muzik Indonesia, Seventeen iaitu Bani dilaporkan menjadi mangsa tsunami yang melanda pantai Anyer di Kabupaten Pandeglang dan Lampung Selatan. Lapor portal Liputan6.com, kumpulan yang dianggotai oleh Bani (bass), Yudhi (gitar), Herman (gitar), Andi (drum) dan Ifan (vokal) terkena tsunami ketika mengadakan konsert di Tanjung Lesung Beach Resort. Menurut Ifan, turut menjadi korban ialah pengurus mereka.










