[VIDEO] Empat rakan didakwa bunuh maknyah - Utusan Malaysia

[VIDEO] Empat rakan didakwa bunuh maknyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 24 Dis.- Empat rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki berperwatakan wanita atau maknyah dua minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan terhadap Low Shi Haur, 21, Tan Kim Shiang, 19, bersama dua lagi rakan masing-masing berusia 16 dan 17 tahun di hadapan Majistret Solehah Noratikah Ismail.


Mengikut pertuduhan, keempat-empat tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas telah membunuh Mohamad Idirs, 32, di hadapan Hotel Sealion, Lorong Batu Nilam, Bukit Tinggi di sini kira-kira pukul 7 pagi pada 12 Disember lalu.


Oleh demikian, kesemua mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama, jika disabitkan bersalah dihukum mati.


Solehah Noratikah menetapkan tarikh 30 Januari hadapan untuk sebutan semula kes dan tidak membenarkan keempat-empat tertuduh diikat jamin.


Pendakwaan dikendalikan Firdaus Idris manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Akmal Jusoh, M.Varalehchumy dan G.Santiago. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN