[VIDEO] Dadah bernilai RM6.75 juta dirampas - Utusan Malaysia

[VIDEO] Dadah bernilai RM6.75 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Satu sindiket pengedaran dadah tumpas apabila 10 individu ditahan menerusi dua serbuan di Ampang dan Petaling Jaya dekat sini, Selasa lalu.

Pengarah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, mereka yang ditahan terdiri tujuh warga asing iaitu enam warganegara India dan seorang Rusia.

DADAH yang dirampas. - UTUSAN ONLINE
DADAH yang dirampas. – UTUSAN ONLINE

Ujarnya, turut ditahan iaitu tiga warga tempatan.

“Kesemua mereka yang berusia di antara 24 sehingga 39 tahun kini ditahan reman sehingga 4 Disember ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1953,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN