KUALA LUMPUR 5 Dis. – Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, diyakini mampu sembuh sebelum majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung hujung bulan ini. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, berdasarkan perkembangan positif ditunjukkan Muhammad Adib dari semasa ke semasa beliau percaya anggota bomba terbabit boleh sembuh sepenuhnya dalam masa terdekat. “Perhatian yang diberikan terhadap Muhammad Adib oleh pihak Institut Jantung Negara (IJN) adalah kelas…










