[VIDEO] Adib boleh kahwin hujung bulan ini - Zuraida - Utusan Malaysia

[VIDEO] Adib boleh kahwin hujung bulan ini – Zuraida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin positif anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, akan sembuh sebelum tarikh majlis perkahwinannya.

Beliau yang melawat Muhammad Adib di Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi berkata, berdasarkan perkembangan terbaru anggota bomba terbabit pada hari ini, tidak mustahil perkara itu boleh berlaku.

“Perhatian yang diberikan pihak IJN adalah kelas pertama dan InshaAllah beliau akan pulih semula seperti orang muda berusia 24 tahun.

“Keluarga Adib juga nampak lebih ceria melihat perkembangan beliau… ibu bapanya lebih gembira berbanding hari pertama mereka tiba melihat Adib… mereka ucap terima kasih kepada semua,” katanya dalam sidang akhbar selepas lawatan tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Pegawai Klinikal IJN, Datuk Dr. Aizai Azan Abdul Rahim berkata, Muhammad Adib akan terus diletakkan di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi mempercepatkan kesembuhannya.

“Proses pemulihan mengambil masa, kita harus bersabar, kita puas hati dengan perkembangan positif Adib dari semasa ke semasa yang kini berada pada tahap 70 peratus seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Adib akan terus kekal di ICU, kita harap perkembangan yang lebih ketara dalam masa dua hingga tiga minggu ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN