PASIR PUTEH 1 Dis. – Kira-kira 55 anak keluarga kurang berkemampuan berkhatan secara percuma di Klinik Kesihatan Pasir Puteh, dekat sini, hari ini. Pengerusi Ahli Panel Pelawat (APP) klinik itu, Muhammad Manan berkata, program berkhatan beramai-ramai sempena musim cuti sekolah melibatkan kanak-kanak berusia lapan hingga 11 tahun. Menurutnya, kerjasama doktor dan Pembantu Perubatan klinik itu membolehkan penduduk Kampung Gong Serapat; Kampung Jerat Semata; Kampung Temila; Kampung Gong Kua; Gong Kubur;…










