KUALA LUMPUR 11 Dis. – Sehebat manapun kemudahan yang disediakan kerajaan, ia tidak akan kekal lama jika masih ada tangan-tangan nakal yang memusnahkannya. Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mulia, PPR Desa Rejang dan PPR Semarak di sini mendapati perbuatan vandalisme masih berterusan dan membimbangkan. Amat menyakitkan mata apabila beberapa kemudahan di perumahan bertingkat kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu dirosakkan dan dicemari dengan contengan di…










