Utusan Malaysia juara Wild Water Run - Utusan Malaysia

Utusan Malaysia juara Wild Water Run

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Pasukan Utusan Malaysia muncul juara pertandingan Wild Water Run Challenge yang berlangsung di taman tema air, Sunway Lagoon, di sini hari ini.

Kemenangan itu membolehkan akhbar ini membawa pulang hadiah berupa tiket ke Sunway Lagoon bernilai RM13,300 untuk disumbang kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan.

Pertandingan menempuh halangan di permukaan air itu menyaksikan Utusan Malaysia mencatatkan masa terpantas iaitu dua minit lima saat, sekali gus menewaskan 11 pencabar lain.

Program yang julung kali dianjurkan Sunway Lagoon itu disertai oleh barisan pengamal media antaranya Bernama News Channel dan The Sun dan penulis blog yang masing-masing diwakili oleh empat orang peserta.

Acara bertujuan mempromosikan aktiviti berkenaan kepada orang ramai sempena musim cuti sekolah yang bermula dari 1 hingga 30 Disember ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×