MELAKA 5 Dis. – Golongan pendakwah yang digelar ‘ustaz selebriti’ dinasihatkan memiliki disiplin serta ilmu dalam menyampaikan dakwah terutamanya melalui media sosial bagi mengelakkan penyebaran hadis palsu dan penipuan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, disiplin ilmu itu termasuk penguasaan Bahasa Arab, kefahaman maksud hadis atau ayat serta tafsiran tepat mengikut peredaran masa kini. Menurutnya, tanpa disiplin serta ilmu mencukupi, perkara tersebut dibimbangi boleh membawa…










