Ustaz Radzi Melissa meninggal dunia atas pentas - Utusan Malaysia

Ustaz Radzi Melissa meninggal dunia atas pentas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas penyanyi kumpulan rock Melissa, Ustaz Radzi meninggal dunia di atas pentas Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana di sini pada pukul 11.15 malam tadi.

Difahamkan Allahyarham bersama rakannya daripada kumpulan Melissa menjayakan persembahan program Hiburan Santai Seniman anjuran Persatuan Seniman Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Ustaz Radzi atau nama sebenarnya Mohd. Radzi Abdul Hamid, 52, merupakan orang terakhir menjayakan persembahan dan berada di atas pentas sekitar pukul 10.30 malam untuk menyanyikan lagu pertama berjudul Kami Mat Rock.

Namun, selepas hanya beberapa saat di atas pentas Allahyarham rebah dalam keadaan bersujud dan disahkan meninggal dunia akibat kekurangan oksigen oleh pasukan perubatan yang memberi bantuan.

Jenazah Allahyarham yang diiringi dua anaknya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.

Kumpulan Melissa yang aktif pada tahun 1990-an cukup terkenal dengan lagu Cinta Untuk Nabila. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×