KUALA LUMPUR 8 Dis. – Perdana Menteri berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan berusaha menyelesaikan sebarang pertikaian dengan Singapura mengikut peruntukan undang-undang. Tegas Tun Dr. Mahathir Mohamad, pertikaian tersebut selalu berlaku kerana banyak pihak sering membuat dakwaan mengenai sempadan masing-masing. “Tetapi, kita akan menyelesaikan mana-mana pertikaian mengikut peruntukan undang-undang dan hak kita. “Apa yang penting adalah Singapura bersetuju untuk berunding, jadi kita tidak boleh memberi sebarang jawapan sehingga kita selesai…










