MASIH belum terlambat untuk penulis mengucapkan selamat maju jaya kepada bekas kakitangan Utusan Melayu yang telah mengambil skim pemisahan sukarela (VSS). Tarikh 30 November 2018 pastinya dikenang setelah selama ini menjadi sebahagian keluarga besar Utusan Melayu. Ada dalam kalangan mereka dikenali oleh penulis secara kebetulan berikutan terlibat dalam dunia penulisan ini. Ramai antara mereka ‘otai-otai’ yang memiliki seni penulisan yang menyentuh hati dan sanubari para pembaca. Mereka menulis bukan hanya…










