UMNO Sabah tidak akan terkubur - Utusan Malaysia

UMNO Sabah tidak akan terkubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Dis. – UMNO Sabah tidak akan terkubur biarpun hampir kesemua kepimpinan negeri bertindak keluar parti hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Sepangar, Datuk Yakub Khan berkata, tindakan itu sedikitpun tidak menjejaskan kedudukan UMNO, sebaliknya akan membuka peluang kepada pemimpin muda untuk menerajui parti.

“Pemimpin akan datang dan pergi, ini menjadi lumrah mana-mana pertubuhan termasuk parti politik.

“Biarpun hampir semua kepimpinan UMNO Bahagian di negeri ini bertindak keluar daripada UMNO, saya percaya UMNO tidak akan terkubur malah, akan menjadi lebih kuat menerusi kepimpinan muka baru terdiri daripada golongan muda yang tidak mendapat peluang sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung pengumuman bekas Pegerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Hajiji Noor bersama barisan kepimpinan lain bertindak keluar UMNO hari ini.

Secara keseluruhannya, yang meninggalkan UMNO Sabah terdiri daripada enam Ahli Parlimen, sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), dua senator dan 21 Ketua UMNO Bahagian negeri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×