UMNO Sabah tidak akan terbubar - Zahid - Utusan Malaysia

UMNO Sabah tidak akan terbubar – Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Dis. – UMNO Sabah tidak akan terbubar walaupun terdapat ramai ahli yang bertindak keluar parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi Hamidi malah turut menjanjikan tidak ada mana-mana cawangan UMNO pun yang akan terbubar.

Pihaknya juga sedaya upaya mempertahankan kedudukan ahli-ahli Parlimen UMNO sedia ada.

Bagaimanapun, katanya, politik bukan sesuatu yang statik, jumud atau beku dan sebarang kemungkinan boleh berlaku.

“Saya percaya dokongan hubungan akar umbi masih kuat dan sedaya mungkin, kita mahu memastikan agar dokongan akar umbi melalui dalam UMNO kukuh setakat ini,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato Onn, hari ini.

Yang turut hadir dua Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×