UMNO Sabah terus kekal, diperkukuhkan - Utusan Malaysia

UMNO Sabah terus kekal, diperkukuhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Walau apa pun yang berlaku, UMNO di Sabah akan terus diperkukuh malah dikekalkan termasuklah memberikan kuasa autonomi parti di negeri itu.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, proses ini sedang dilakukan bagi memperkuat serta membolehkan UMNO Sabah diberikan lebih besar peranan dan tanggungjawab.

“Oleh itu, tidak timbul isu UMNO di Sabah akan dibubarkan. Walaupun terdapat pimpinan di Sabah bertindak keluar daripada UMNO. Kepemimpinan UMNO di peringkat Pusat akan terus melaksanakan usaha bagi memperkuatkan UMNO di Sabah ketika ini, terutama dengan cabaran yang dihadapi sekarang.

“Kepada pimpinan dan rakan-rakan serta ahli UMNO yang masih setia di Sabah, saya berharap kita tetap terus setia dengan UMNO. Percayalah semua ini adalah asam garam perjuangan, pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi UMNO di Sabah mesti terus kekal untuk berbakti kepada rakyat di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai empat ahli UMNO di Sabah yang dijangka keluar parti iaitu Ahli Parlimen Kudat, Abd Rahim Bakri; Ahli Parlimen Beaufort, Azizah Mohd. Dun; Ahli Parlimen Libaran, Datuk Zakaria Edris dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN