KOTA KINABALU – UMNO Sabah lumpuh selepas hampir kesemua anggota jawatankuasa badan perhubungan negeri itu termasuk Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengumumkan keluar parti hari ini. Dalam sidang akhbar di sini, Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, berkata semua ketua bahagian kecuali Tenom, Kalabakan, Sepanggar dan Kinabatangan turut mengumumkan keluar parti. Tindakan keluar parti yang berkuat kuasa hari ini melibatkan lima ahli Parlimen, sembilan ADUN dan dua senator, kata…










