KUALA LUMPUR 12 Dis. – UMNO Sabah menerima tamparan hebat apabila hampir keseluruhan kepimpinannya bertindak meninggalkan parti itu dengan diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Hajiji Mohd Nor. Hajiji dalam satu sidang akhbar di Kota Kinabalu hari ini mengumumkan meninggalkan UMNO dengn turut membawa bersama nama-nama besar serta barisan kepemimpinan UMNO negeri. Difahamkan kemungkinan yang tinggal dalam UMNO Sabah adalah bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung…










