ALOR SETAR 19 Dis. – Tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat, Datuk Mohd. Rawi Abd. Hamid yang dikatakan bakal bersama lebih 100 ahli serta kepemimpinan lain mengumumkan keluar parti esok, langsung tidak akan menjejaskan parti jauh sekali menyebabkan UMNO Bahagian Langkawi terkubur. Sebaliknya, Timbalan Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Othman Aziz menegaskan, langkah tersebut sebenarnya lebih baik dan sebagai proses pemutihan melibatkan pemimpin tidak setia serta langsung…










