KUALA LUMPUR 31 Dis. – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menggariskan lima iltizam UMNO untuk negara yang seterusnya akan dijadikan panduan untuk masa hadapan parti itu. Mohamad yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO menjelaskan, lima iltzam tersebut ialah UMNO akan membina dan menyuburkan sistem demokrasi Malaysia melalui kepimpinan yang berprinsip sebagai pembangkang serta membangunkan wibawa UMNO sebagai parti pembangkang yang disegani. Selain itu, kata beliau, UMNO juga…










