UMNO desak kerajaan tubuh RCI bela Muhammad Adib - Utusan Malaysia

UMNO desak kerajaan tubuh RCI bela Muhammad Adib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Dis. – UMNO mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kes kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim, baru-baru ini.

Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu penting bagi memberi pembelaan seadil-adilnya kepada Allahyarham dan keluarga.

Selain itu, tegas beliau, UMNO turut mendesak kerajaan segera memecat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Khas UMNO di Menara Dato Onn, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN