SANDAKAN – Umat Islam di Malaysia hari ini diingatkan supaya berwaspa dan jangan mudah terjebak dalam perangkap sentimen perkauman dan agama yang ditiupkan oleh kumpulan bekas pemerintah serta rakannya.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, kumpulan itu sengaja menggunakan cara sentimen untuk muncul dan ‘bangun’ segera sekali gus menghindar dari isu penyelewengan harta yang dilakukan oleh pemimpin mereka .
“Kita (Pakatan Harapan) baru mengambil alih pemerintahan enam bulan, jadi apa yang boleh membantu ‘mereka’ segera untuk bangun? tidak lain, tidak bukan adalah isu perkauman dan keagamaan.
“Ceramah paling mudah (bangkit sentimen) adalah hujah perkauman dan sebab itu kita kena berjaga-jaga, sentiasa berhujah biar berilmu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan majlis konvensyen Parti Amanah Negera (Amanah) peringkat Sabah di sini hari ini. – Bernama










