SEPANG 5 Dis. – Sekumpulan 150 peminat Harimau Malaya termasuk anggota kelab Ultras Malaya hari ini terbang ke Bangkok menerusi penerbangan khas AirAsia, bagi menyokong pasukan negara yang akan menentang Thailand dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Rajamangala malam ini. Kumpulan terbabit yang rata-rata menyarungkan jersi kebangsaan dihantar oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Lokman Hakim Ali serta Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia…










