IPOH – “Ini perlumbaan terakhir aku.” Ungkapan itu sering diulang-ulang oleh pelumba Cub Prix, Mohd.Hafiz Nor Azman, 22, kepada rakan-rakannya sebelum menyertai perlumbaan pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Bandar Penawar, Johor semalam. Pada perlumbaan tersebut, Mohd. Hafiz yang merupakan pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha – CKJ Racing kategori CP150 maut selepas terbabit dalam kemalangan pada pusingan terakhir perlumbaan itu. Menurut rakan mangsa, Nurhan Md. Nayan, 22,…










