Tweet Nurul Izzah pada Rafizi, Khairy, Dr. Rais - Utusan Malaysia

Tweet Nurul Izzah pada Rafizi, Khairy, Dr. Rais

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HARI Isnin selalunya bermula perlahan, pendek kata hari mandom. Namun berita peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar sebagai Naib Presiden PKR dan penolakan mengetuai kepe­mimpinan parti peringkat negeri mengubah segalanya semalam.

Di media sosial, rancak dan hangat dengan pelbagai ramalan dan hipotesis kenapa Puteri Reformasi itu bertindak demi­kian dan tidak terkecuali analisis ke mana Nurul Izzah selepas ini.

Membaca komen-komen ne­tizen ada kalanya mampu me­nukar topik serius yang cukup berat kepada lebih santai, sekali gus menambahkan keghairahan kepada berita yang mengeju­tkan ramai itu.

Nak pula yang berkaitan res­pons Nurul Izzah kepada Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr. Rais Hussin.

Walaupun Bersatu adalah sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH), namun komen balas Ahli Parlimen Permatang Pauh kepada pandangan Dr. Rais dilihat padat dan padu walaupun masih secara sopan.

Ini berbeza apabila beliau respons kepada tweet bekas Ketua Pemuda UMNO itu. Tergambar satu situasi lebih mesra antara dua pemimpin itu yang saling memuji walaupun mereka daripada parti pesaing.

Ekoran itu, Khairy turut mene­rima tempias apabila ada yang sinikal kata boleh pula buat karangan indah pada Nurul Izzah tetapi tidak terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Apa pun, Nurul Izzah kelihatan tenang walaupun tindakannya melepaskan jawatan Naib Presiden PKR mengundang bermacam reaksi. Lebih serius, berita peletakan jawatan beliau memang memberi kesan kepada PKR dan PH yang jika bursa saham, akan mengundang reaksi negatif pasaran.

Semuanya pasti bukan berlaku dengan sendirinya. Bak kata Ibrahim Pendek dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, “mari kita lihat siapa yang kena”.

Paling menarik, komen balas Nurul Izzah di Twitter pada tweet bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli:

“Walau saudara tidak berjaya dalam pemilihan parti, saudara telah berjaya meyakinkan saya bahawa pilihan terbaik adalah mendukung saudara selaku calon Timbalan. Semoga Allah lindungi idealisme perjuangan kita bersama. Mara terus.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN