LIMA belas tahun lalu semasa pengajian di universiti, Cekmek Molek pernah jatuh tergolek ketika menunggang motosikal di hadapan bakal ‘pakwe’. Malunya tak usah nak cakap lah. Kesakitan akibat diseret atas jalan tar pun tidak terasa semata-mata nak cover malu dan keayuan. Dan sejak itu, Cekmek Molek terus trauma untuk menunggang motosikal lagi. Sebab itu Cekmek Molek teramat kagum dengan wanita-wanita yang boleh menunggang motosikal berkuasa besar yang banyak dikuasai golongan…










