Tunggang motosikal secara merbahaya, dua remaja ditahan - Utusan Malaysia

Tunggang motosikal secara merbahaya, dua remaja ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH 6 Dis – Dua remaja lelaki berusia 19 tahun yang asyik melakukan aksi merbahaya ketika menunggang motosikal di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini, ditahan polis dalam satu operasi malam tadi.

Dalam operasi bermula pukul 11 malam dan berakhirpukul 4.30 pagi tadi itu, kedua-dua remaja berkenaan didapati melakukan pelbagai aksi antaranya meniarap serta menunduk di atas motosikal.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, penahanan mereka merupakan hasil operasi Bersepadu Khas Skuad 42 Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Seberang Perai Utara.

“Mereka ditahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati kedua-dua mereka negatif dadah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Noorzainy meminta orang ramai untuk memberikan kerjasama kepada polis untuk membanteras kegiatan tersebut.

“Jika orang ramai mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan ini atau jenayah lain boleh menyalurkan kepada mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN