KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau amat sedih atas pemergian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di Institut Jantung Negara (IJN) di sini malam tadi dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
“Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Saya amat sedih menerima berita ini. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman.
“Takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian beliau. Al-Fatihah,” kata Dr Mahathir dalam catatan di akaun Twitternya.
Muhammad Adib, 24, cedera parah susulan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu ketika bertugas dalam operasi memadam kebakaran di hadapan premis berkenaan.
Allahyarham meninggal dunia pada 9.41 malam tadi.










