Tun Abdul Hamid nafi hadir himpunan bantah ICERD - Utusan Malaysia

Tun Abdul Hamid nafi hadir himpunan bantah ICERD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menafikan akan hadir dalam himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Diskriminasi Kaum (ICERD), 8 Disember ini.

Tun Abdul Hamid Mohamad
Tun Abdul Hamid Mohamad 

Jelasnya, beliau juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan ‘teruskan perhimpunan untuk memastikan kerajaan tidak melaksanakan ratifikasi ICERD’.

“Walaupun pada mulanya saya bercadang untuk hadir tetapi pada 25 November lalu saya telah memaklumkan kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bahawa saya tidak akan hadir.

“Saya tidak akan hadir kerana tempat penganjuran himpunan tersebut tidak sesuai dengan keadaan saya dan saya tidak ada sesuatu yang baharu hendak disampaikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Hamid meminta penganjur himpunan bantah ICERD supaya menarik balik poster yang menggunakan gambarnya.

“Poster ini dibuat tanpa mendapat izin saya terlebih dahulu,” katanya. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN