Tujuh terbunuh dalam letupan di Somalia - Utusan Malaysia

Tujuh terbunuh dalam letupan di Somalia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOGADISHU 22 Dis.- Tujuh terbunuh dalam dua serangan pengeboman kereta berdekatan istana presiden, di sini.

Jurucakap Polis, Ibrahim Mohamed mendakwa serangan tersebut didalangi kumpulan militan al-Shabaab.

“Tujuh disahkan terkorban manakala 10 yang lain mengalami cedera parah.

“Pasukan keselamatan telah mengepung kawasan itu dan siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Letupan pertama berlaku dekat tempat pemeriksaan di luar dewan teater, 500 meter daripada istana presiden.

Manakala letupan kedua berlaku berdekatan jalan raya dekat sini.

Sementara itu, saksi yang dikenali sebagai Idil Hassan memberitahu sempat menyaksikan letupan kedua yang didakwa lebih kuat berbanding yang pertama.

“Saya melihat mayat bergelimpangan. Ada antara mereka yang merupakan anggota keselamatan,” katanya.

Dalam pada itu, Stesen Televisyen Universal TV mengesahkan tiga mangsa terkorban merupakan kakitangannya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×