Seawal usia tiga tahun, hidung Joshua Lee Chun Yee telah lali ditusuki variasi bauan. Berada dalam persekitaran kedai menjual ramuan kek yang diusahakan keluarganya di George Town, Pulau Pinang, aroma coklat, mentega, kopi dan lain-lain yang semerbak di udara menjadi hiduan. Saraf olfaktori hidungnya juga sering dirangsang dengan bauan apabila bapanya yang menggemari minyak wangi lazim menyembur haruman pada tubuh kecilnya saat keluar dari rumah. Membesar dalam suasana sebegitu, hatinya…










