Tuduhan Mujahid bermotif politik - Utusan Malaysia

Tuduhan Mujahid bermotif politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof bahawa Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) telah me­nyalurkan hibah kepada pendeposit secara haram kerana bertentangan de­ngan akta adalah tidak tepat dan bermotif politik.

Bekas Pengerusi Ta­bung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mendakwa, berdasarkan laporan audit berwibawa Ernst & Young (EY) mendapati Tabung Haji mencatatkan lebihan aset dari tahun 2015 hingga 2017.

Jelas beliau, pada tahun 2015, EY melaporkan Tabung Haji mencatatkan lebihan aset RM1.4 bilion, diikuti RM701 juta (2016) dan RM373 juta (2017).

ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM
ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM 

‘‘Sejak 2015, Tabung Haji te­lah menilai semua aset pada nilai pasaran semasa dan bagi tiga tahun lepas berdasarkan laporan yang disahkan firma audit luar, nilai aset Tabung Haji melebihi liabiliti.

‘‘Maka, Tabung Haji telah membayar hibah mengikut peruntukan Seksyen 22(3)(a) Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dan tidak menyalahi sebarang undang-undang,’’ katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Muhajid semalam mendakwa pengurusan lama Tabung Haji telah mengisytihar hibah sebanyak RM12.6 bilion sejak 2014 tidak mengikuti Akta Tabung Haji 1995.

Abdul Azeez me­nambah, berdasarkan laporan ke­wangan Pri­ceWaterhouseCoopers (PwC) yang dibuat pada Ogos lalu dan diberikan kepada ahli Parlimen semalam, ju­ga terkandung laporan EY yang menunjukkan aset Tabung Haji melebihi liabi­liti dalam tiga tahun tersebut.

Selain itu, jelasnya laporan dan kedudukan ke­wangan Tabung Haji telah disemak Jabatan Audit Negara yang kemudian memperaku melalui sijil bersih setiap tahun.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan Mujahid me­ngapa tidak menyentuh tentang hasil audit yang dikeluarkan oleh EY dan sebaliknya hanya berpandukan laporan PwC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN