KUALA LUMPUR 11 Dis. – Dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof bahawa Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) telah menyalurkan hibah kepada pendeposit secara haram kerana bertentangan dengan akta adalah tidak tepat dan bermotif politik. Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mendakwa, berdasarkan laporan audit berwibawa Ernst & Young (EY) mendapati Tabung Haji mencatatkan lebihan aset dari tahun 2015 hingga 2017. Jelas…