JAKARTA – Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam kejadian tsunami yang berlaku akibat letusan gunung berapi Anak Krakatau di Selat Sunda, setakat ini. Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dalam satu kenyataan berkata, Kedutaan kini memantau kejadian itu dan rakyat Malaysia yang terjejas dan memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi pegawai bertugas di talian +62 813 80813036. “Sehingga kini, tiada laporan diterima mengenai rakyat Malaysia terlibat dengan kejadian ini,” kata kenyataan itu. Berdasarkan…










