Tsunami Indonesia: Tiada rakyat Malaysia terkesan - Utusan Malaysia

Tsunami Indonesia: Tiada rakyat Malaysia terkesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 23 Dis. – Tiada rakyat Malaysia setakat ini dilaporkan mengalami kecederaan atau terkesan secara langsung akibat kejadian tsunami di Banten, Jawa dan Lampung Selatan, Sumatera, Indonesia semalam.

Wisma Putra dalam satu kenyataan turut meminta rakyat Malaysia supaya sentiasa tenang dan terus mengikuti berita tempatan untuk mengetahui perkembangan terkini.

“Rakyat Malaysia di Indonesia yang memerlukan bantuan konsular juga boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta,” katanya di sini hari ini.

Tsunami dilaporkan telah melanda beberapa kawasan di Sumatera semalam pada pukul 9:20 malam waktu tempatan.

Setakat ini, pihak berkuasa tempatan telah mengesahkan sebanyak 43 orang meninggal dunia manakala 584 cedera.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta boleh dihubungi menerusi emel [email protected] dan [email protected] atau nombor telefon +62215224947 dan +6281380813036. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×