JAKARTA – Jumlah mangsa yang terkorban dalam kejadian tsunami di Selat Sunda terus meningkat kepada 281 orang. Berdasarkan data sementara yang dikeluarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), setakat tengahari ini, sebanyak 281 orang meninggal dunia, 1,016 orang cedera dan 57 orang dilaporkan hilang. Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho berkata,seramai 11,687 orang penduduk di kawasan terbabit juga ditempatkan di pusat pusat pemindahan sementara. “Jumlah…










