TONGGAK import Kelantan, Yuta Suzuki menetapkan misi peribadi untuk membantu The Red Warriors (TRW) menjadi salah satu pencabar kejuaraan pada saingan Liga Premier musim depan. Suzuki, 28, berkata, misi tersebut tidak mustahil untuk dicapai seandainya semua pemain Kelantan fokus dalam setiap perlawanan yang bakal diharungi selepas ini. “Saya akui ia bukan satu tugas mudah. Namun, sebagai pemain saya anggap ia merupakan satu cabaran yang harus ditempuhi. “Saya bertekad untuk memberikan…









