HONG KONG 3 Dis. – Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in menyatakan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan menunaikan permintaan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un sekiranya pelucutan senjata nuklear dilaksanakan sepenuhnya.
“Mesejnya ialah Trump mempunyai pandangan persahabatan terhadap Jong-un dan sangat menyukainya serta beliau berharap Jong-un dapat melaksanakan apa yang telah dipersetujui dan beliau akan menunaikan permintaan Jong-un,” kata Jae-in kepada agensi berita Yonhap.
Terdahulu, Trump meluahkan hasrat untuk mengadakan sidang kemuncak kedua bersama Jong-un pada tahun hadapan. – AFP










