Trump ancam tutup bahagian selatan sempadan AS - Utusan Malaysia

Trump ancam tutup bahagian selatan sempadan AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 29 Dis. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam untuk menutup bahagian selatan sempadan negara ini sekiranya Kongres masih enggan menyediakan dana pembinaan tembok berjumlah AS$5 bilion (RM20.8 bilion).

“Kita akan menutup bahagian selatan sempadan sepenuhnya sekiranya anggota Demokrat tidak memberikan kami wang untuk menyiapkan tembok dan turut mengubah undang-undang pendatang yang mengarut.

“Sama ada kita menyiapkan pembinaan tembok atau kami menutup sempadan,” kata Trump menerusi Twitter miliknya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN