Truck It tawar pengiklanan digital pada lori - Utusan Malaysia

Truck It tawar pengiklanan digital pada lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALTERNATIF. Truck It Sdn. Bhd. (Truck It) menawarkan perkhidmatan pengiklanan digital pada lori sebagai perkhidmatan alternatif untuk mengiklankan produk buat syarikat yang berminat termasuk perusahaan kecil dan sederhana.

Pengiklanan bergerak itu menggunapakai konsep pembayaran per kilometer, disokong oleh sistem penentu kedudukan sejagat (GPS) selain aplikasi bagi mengesan pergerakan iklan untuk meningkatkan keyakinan antara pelanggan serta pemandu lori.

Menurut kenyataan Truck It yang dikeluarkan baru-baru ini, konsep tersebut dilihat dapat menggalakkan pemilik lori untuk menyediakan kenderaan bagi kemudahan itu.

Pemilik turut terlibat menentukan laluan yang digunakan serta ukuran kenderaan dalam memadankannya dengan pengiklan dan pelanggan berpotensi.

“Insentif utama diberikan kepada pemandu lori dan pelanggan adalah termasuk caj GPS yang disubsidikan, cucian mingguan bagi lori disenaraikan selain pendapatan tambahan kepada pemilik lori untuk setiap liputan perbatuan tambahan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×