TPM sumbang Kabin Pengeringan Serbaguna kepada nelayan Kuala Kemaman - Utusan Malaysia

TPM sumbang Kabin Pengeringan Serbaguna kepada nelayan Kuala Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd. (TPM) menyumbang sebuah Kabin Pengeringan Serbaguna bernilai RM310,000 kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Kemaman.

Eksekutif Kanan Pembangunan Perniagaan & Perkhidmatan Korporat TPM, Syed Mohd. Faidz Syed Nokman berkata, pemberian kabin pengeringan tersebut bertujuan untuk mempercepatkan proses pengeringan produk hasil laut seperti ikan bilis dan ikan kering nelayan-nelayan di daerah ini terutama pada musim tengkujuh.

“Kabin Pengeringan Serbaguna ini mempercepatkan proses pengeringan ikan bilis dan ikan kering kepada tiga jam berbanding lebih 24 jam sebelum ini.

“Ia juga mampu mengeringkan 500 kilogram hasil laut berkenaan dalam satu-satu masa selain menjamin kebersihan produk terbabit tanpa pencemaran debu, habuk dan ancaman penyakit bawaan serangga,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan peralatan tersebut kepada Pengurus Besar PNK Kuala Kemaman, Norazila Ismail di Jeti LKIM Kuala Kemaman dekat sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu, Khuzaimah Husain dan Pengerusi PNK Kuala Kemaman, Aziz A. Razak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×