Tony Pua kecewa tidak dipilih - Utusan Malaysia

Tony Pua kecewa tidak dipilih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Bekas Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menzahirkan kekecewaan selepas tidak dipilih menganggotai jawatankuasa negeri dalam Konvensyen DAP Selangor tahun ini.

Memetik laporan portal Malaysiakini, beliau yang juga Ahli Parlimen Damansara memberitahu, beliau tidak mahu mempertahankan jawatannya sebagai pengerusi negeri, namun berhasrat untuk menganggotai Jawatankuasa DAP Selangor bagi membantu pucuk pimpinan baharu.

“Sudah tentu saya agak kecewa, kalau tidak kecewa memang aneh tetapi saya menerima keputusan yang telah keluar.

“Saya kecewa kerana saya tidak dipilih. Saya tidak mahu bertanding jawatan pengerusi, tetapi saya tidak kata saya tidak mahu menjadi sebahagian daripada jawatankuasa itu,” katanya  selepas proses pemilihan di Konvensyen Biasa Negeri DAP Selangor 2018 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pua berkata, beliau kekal komited untuk memberi khidmat kepada DAP dan kerajaan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pihak yang memberi undi dan menyokong saya selama ini.

“Saya tidak termasuk dalam 15 yang dipilih namun, tidak menjejaskan sebarang kerja saya, dan saya akan terus bekerja untuk parti dan kerajaan sekarang,” ujarnya.

Dalam konvensyen tersebut, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dipilih sebagai Pengerusi DAP Selangor selepas memperoleh undi sebanyak 392 menggantikan Pua yang mendapat undi sebanyak 292 sekali gus tersingkir daripada Jawatankuasa DAP Selangor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN