SEREMBAN – Status Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau masih sah sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini. Mahkamah Pilihan Raya itu memutuskan kemenangan Mohamad di kerusi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, batal dan tidak sah. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Zulkefly Mohamad Omar berkata, beliau tidak mempunyai masalah membenarkan Mohamad menghadiri persidangan…










