MARANG 24 Dis. – Tenaga Nasional Berhad (TNB) meneruskan program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dengan menyalurkan bantuan persekolahan untuk dinikmati 200 pelajar miskin di sekitar daerah ini, khususnya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang. Sumbangan berupa baju, seluar, kain, tudung, kasut, stokin dan alat tulis itu diserahkan oleh Ketua Perkhidmatan Pelanggan TNB negeri, Mohd. Nazri Puteh kepada ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong yang mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri…










