TNB bantu persiapan persekolahan - Utusan Malaysia

TNB bantu persiapan persekolahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 27 Dis. – Hubungan erat mampu dijalin antara entiti perniagaan dengan masyarakat melalui pemberian bantuan yang mampu meri­ngankan kos kepada orang ramai dalam menjalani kehidupan harian.

Pemberian bantuan melahirkan rasa syukur dan terima kasih masyarakat kepada penyum­bang terutamanya berkaitan dengan barangan keperluan.

Seorang pe­tugas pembersihan sekolah, Martika Mohd. Arifin, 35, berkata, pemberian sumbangan persediaan ke sekolah oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada anaknya yang berusia 11 tahun telah membantu beliau mengurangkan kos.

“Kos menyediakan peralatan ke sekolah seperti pakaian, kasut dan beg adalah besar bagi kami yang berpendapatan rendah.

“Namun, TNB te­lah bertindak ke hadapan dengan membantu masyarakat seperti saya,” katanya.

Pandangan beliau dikongsi oleh Mohd. Azmi Zainal Abidin, 38, yang be­kerja sendiri dengan menyatakan tidak ada gambaran paling sesuai terhadap bantuan seperti itu me­lainkan syukur dan terima kasih.

“Kami gembira dan terima kasih TNB,” katanya.

Seorang pelajar sekolah, Hagelan Yunaraja, 16, yang menemani adiknya menerima sumbangan itu berkata, keluarganya lega kerana perbelanjaan dapat dikurangkan untuk lima beradik.

“Ayah bekerja sebagai pemandu lori dan emak bekerja di kilang. Kami perlu memerlukan belanja yang banyak untuk persediaan ke sekolah,” katanya.

Baru-baru ini, seramai 200 murid sekolah sekitar dalam kawasan Parlimen Tampin telah menerima sumbangan bantuan keperluan persekolahan melalui program Back To School oleh TNB yang disampaikan oleh Ahli Parlimennya, Datuk Dr. Hasan Bahrom.

Mereka menerima pakaian seragam sekolah, kasut, stokin, beg dan alat tulis bernilai RM200.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN