TNB bakal teroka projek jalur lebar - Utusan Malaysia

TNB bakal teroka projek jalur lebar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) bakal mengumumkan butiran mengenai rancangannya untuk memasuki pasaran perkhidmatan jalur lebar pada bulan depan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ir. Azman Mohd. berkata, syarikat kini dalam proses membentangkan rancangannya kepada kementerian yang berkaitan.

“Saya fikir anda akan mendengar lebih lanjut me­ngenai (butiran projek) ini pada bulan Januari,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Hari Integriti TNB 2018 di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie.

TNB merancang untuk memasuki pasaran jalur lebar dengan menggunakan rangkaian fiber optik sedia ada di seluruh negara dan kini sedang menjalankan projek pe­rintis di Melaka.

Azman menjelaskan, projek perintis tersebut akan siap pada akhir bulan Disember dan syarikat akan menilai keputusannya.

“Saya melihat projek ber­kenaan secara teknikal telah berjaya. Bagaimanapun, tidak akan ada lagi projek perintis,” katanya.

Sementara itu, TNB juga melancarkan buku panduan Sistem Pengurusan Integriti Korporat TNB (TCIMS) sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan integriti dalam kalangan pekerjanya.

Buku panduan itu dilancarkan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Isnaraissah Munirah Majilis sempena Hari Integriti TNB.

“Kerajaan berbangga de­ngan inisiatif TNB dalam membangunkan TCIMS untuk meningkatkan integriti dan tadbir urus dalam kala­ngan pekerjanya dan semua pihak yang terlibat dengannya,” kata beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×