Sekarang musim cuti panjang persekolahan sudah pun bermula. Hal ini bermakna anak-anak akan berada lama di rumah, maka saat inilah masa yang terbaik untuk ibu bapa mencurahkan kasih sayang dan meninggalkan pengalaman yang bermakna buat anak-anak. Ketahuilah, seseorang menjadi apa yang dia jadi sekarang, bergantung pada pengalaman lampau. Kalau pengalaman anak itu dibesarkan dalam suasana yang sangat negatif, maka cara dia melihat dunia apabila dia dewasa juga akan turut negatif.…










